Cinta
Sebut sahaja perkataan CINTA, semua pasti menganggap cinta itu adalah suatu perkara yang indah.
Namun hakikatnya,cinta itu indah hanya untuk dua pasangan yang saling menyayangi.
Dan CINTA itu tidaklah indah bagi seseorang yang hanya bertepuk sebelah tangan
Namun cinta bertepuk sebelah tangan tidaklah teruk sekiranya seseorang itu ditolak cintanya dengan lebih awal
Ianya hanya menjadi lebih teruk kalau perasaan cintanya itu terus-menerus dipergunakan dan sehingga pada satu masa, iaitu ketika seseorang itu tidak diperlukan lagi,barulah ianya ditolak.

Dan....Apa yang Encik Kamen sedang merepek nie?hahaha

Ya,hari ini encik kamen nak berkongsi sedikit tentang satu situasi percintaan. Kalau ada pengajaran,silalah ambil dan berkongsi dan mungkin boleh di ambil untuk menjadi 'nota' dalam bercinta.hehehe

Tapi,kalau tiada pengajaran ,maka bacalah seperti anda sedang membaca sebuah karangan budak tadika yang gagal peperiksaan akhir tahun dan terpaksa mengulang kelas tadika tiap tahun.(sekali lagi merapu :p)
Sebelum anda membaca dengan lebih lanjut, Encik Kamen nak bagi tau,cerita di bawah hanyalah rekaan semata-mata. Kalau rasa nak baca,dipersilakan.hehe


Baiklah Encik Kamen Masuk Romance Mood <3 <3 <3
Baiklah,aku mulakan cerita :

Namaku Syukri, umurku 25 tahun. Aku nak berkongsi cerita cinta aku.Bukan kisah cinta yang indah seperti romeo dan julie,tapi inilah cinta yang mana hanya satu pihak saja yang mencintai.Tidak percaya adanya cinta sebelah pihak? Percayalah.Inilah yang dinamakan cinta yang bertepuk sebelah tangan.

Nak di jadikan cerita,aku nie minat kat sorang kawan aku. Namanya Zuraidah.Aku panggil dia Idah. Kami berdua memang rapat. Sejak dari zaman persekolahan lagi. 
Ketika waktu persekolahan,iaitu ketika umur kami 19 tahun,Kalau ada masalah, Idah sering luahkan masalahnya kepada aku.Pendek kata, tiada rahsia antara kami berdua.Semuanya dikongsi bersama.

Suatu hari, Idah bertemu denganku ketika waktu rehat. Dia menyatakan dia telah jatuh hati dengan seorang dari kelas sebelah. Namanya Farid.Farid nie memang aku rapat gilerr la.Sebab dia kawan sekampung aku. Jadi,dipendekkan cerita,Idah ingin aku untuk memperkenalkan dirinya kepada Farid. Bagi aku itu bukanlah perkara yang sukar.Yelah,dah memang aku rapat dengan Farid.hehehe
Maka,setelah itu bermulalah misi aku untuk menyatukan dua insan ini. Tapi tidak kusangka rupanya Farid juga menyimpan perasaan terhadap Idah. Jadi, bertambah mudahlah kerja aku untuk menyatukan mereka berdua. Dan setelah hampir sebulan mereka saling kenal-mengenali, maka mereka berdua pun berstatus "In Relationship",siap tukar status di facebook lagi..memang bahagia lah.heheh(terasa macam cupid-mupid la pulak aku nie)

Namun, Setelah mereka saling bercinta, perangai Idah sudah berubah. Dia sudah jarang bertegur sapa dengan aku.Dia sudah tidak pernah lagi mengadu masalahnya kepada aku. Kenapa begitu? Adakah mungkin kerana Idah sudah ada Farid sebagai temannya untuk mengadu masalah? Adakah Idah tidak mahu Farid cemburu kalau Idah bertegur dengan aku? Akupun tidak tahu....  Namun,ketika aku melihat mereka berdua ketawa mesra, bergurau senda bersama, hati aku bagai dilanda tsunami,terasa bagai ada gegaran gempa bumi kecil di hati ini. Kenapa? Adakah aku....

Ya,memang aku cemburu... Setelah sekian lama.Baru aku sedar,rupanya selama ini aku sudah jatuh cinta dengan Idah. Namun semuanya sudah terlambat. Idah sudah bahagia bersama Farid. Tidak ada apa-apa lagi yang dapat aku lakukan.

Suatu hari,aku bertanyakan Idah berkenaan sikapnya yang kini berubah. Dia sudah melupakan aku iaitu selaku kawannya yang pernah berkongsi suka dan duka. Yelah.Takkan aku nak cakap 'selaku kekasih' kan? mestilah aku cakap kawan.. Tak dapat jadi kekasih pun takpe,asalkan perhubungan persahabatan kami tak renggang. Namun jawapan yang aku terima adalah sama apa yang aku fikirkan. Dia menyatakan, Farid lah tempat dia berkongsi suka dan duka kini, Farid lah tempat dia mengadu masalah kini. Dan aku? hanyalah kawan biasa. Dan Idah juga menyatakan dia tidak mahu mendampingi aku seperti dahulu sebab Farid tidak suka dan dia pasti cemburu.

Ketika umurku 20 tahun, kini tamatlah pengajian STPM ku. Dan kini Idah? Aku dengar dia telah melanjutkan ke Universiti. Farid? Aku dengar dia nak mulakan bisnes restoran secara kecil-kecilan. Dan aku? Kerja kat syarikat swasta je la. 
Suatu hari aku mendapat satu panggilan telefon. Aku kenal nombor ini. Ya,nombor yang sekian lama aku nantikan panggilannya. Idah menghubungi aku. Tapi kenapa? Idah mengadu tentang Farid yang memutuskan perhubungan antara mereka disebabkan Farid telah memilih wanita lain yang sama kerjaya seperti dia iaitu seorang usahawan kecil-kecilan. Menangis hiba Idah dari corong telefon. Kalau ikutkan hati,mahu saja aku berjumpa dengan Farid dan memukulnya sebab telah melukakan hati sahabat ku ini.Namun aku tak lakukannya sebab kalau ikut kata hati,nanti mati.hehe.

Hampir setiap hari Idah menelefon aku meluahkan rasa sedihnya kepada aku. Dan aku masih tetap seperti dahulu menjadi pendengar yang setia.Dan kadang-kadang memberinya nasihat agar dia lebih tenang. Yelah,dia kan pelajar universiti, tak bolehlah terganggu fikiran dengan hal-hal macam nie... 

5 bulan kemudian, aku mendapat kad undangan dari Farid. Ternyata Farid kini sudah ingin bernikah dengan gadis pilihannya itu yang juga seorang usahawan sepertinya. Namanya Mia. Kalau dilihat,mereka berdua memang sepadan. Dan ketika hari persandingan telah tiba, aku mendapat panggilan dari Idah. Ternyata Idah masih bersedih,dan Idah terus-menerus meluah segala kesedihannya dalam tangisan sehingga aku sendiri tidak faham dengan apa yang dikatakannya.Namun,aku sebagai pendengar yang setia,tetap mendengar seperti faham.hehe...

3 Bulan selepas pernikahan Farid dan Mia. Kini Idah sudah pasrah dengan pemergian Farid. Tapi dalam hatinya,aku tahu dia begitu marah dan membenci Farid setelah apa yang telah dilakukannya. Walaupun aku jarang bertemu dengan Idah(sebab dia kat universiti), aku tetap tahu sebab dia pernah nyatakan betapa dia bencikan Farid kini. Namun kini,aku gembira kerana Idah yang dulu telah kembali.  Kadang-kadang , apabila ada kerja projek dari pensyarah,dan dia tidak tahu melakukannya,aku akan membantunya. Yelah,walaupun aku nie takde sampai masuk universiti,tapi aku nie takdelah sebodoh-bodohnya. Kadang-kadang aku sanggup masuk ke kawasan tempat dia belajar semata-mata untuk bertemu dengannya kalau dia mengadu sakit atau kalau dia memerlukan aku menjadi penemannya berbicara. Fuhh...jarak tempat aku tinggal dengan tempat dia belajar,boleh tahan juga jauh.Mengambil masa 1 jam perjalanan.Tapi demi insan yang bergelar sahabat tapi dalam hati ada cinta ini,aku sanggupkan diri juga.heheh.. Kawan-kawan aku yang lain selalu membebel kat aku.Ye lah,sanggup berulang-alik semata-mata untuk bertemu 'cinta' yang tidak pasti.

Ketika umurku 24 tahun, Kali ini,aku telah bertekad untuk meluahkan rasa cinta aku pada Idah. Tak kiralah,apa nak jadi,jadilah. Lebih baik aku meluah dari terus menerus bermain dengan perasaan sendiri. Jadi, aku set satu masa yang sesuai untuk bertemu dengan Idah. Dan setelah itu,aku terus meluahkan rasa cinta aku padanya. Jadi, apakah jawapan Idah?
"Syukri,kau memang seorang yang baik.Memang kalau aku inginkan kekasih,aku inginkan insan seperti kau. Tapi setakat ini aku tidak mampu menerima sebarang cinta kerana pintu hatiku masih belum terbuka untuk bercinta sejak kekecewaan aku terhadap Farid dulu.Kesannya masih ada.Aku harap kau faham,tapi kalau pintu hati aku sudah sedia untuk bercinta lagi, kau lah orang pertama yang akan aku beritahu"

Hehehe...Itulah kata-kata Idah.Aku masih ingat sampai sekarang.Dan mulai saat itu,aku telah bersumpah kepada diri sendiri akan setia menanti sehingga pintu hati Idah terbuka semula untuk bercinta lagi dan seterusnya menerima aku. Dan mulai saat itu juga,aku tetap dengan kebiasaan aku.mendengar luahan dari dia,membantu dia membuat kerja-kerja projek universiti.hehe... Kawan-kawan aku yang lain plak,macam biasalah,marah kat aku sebab suka sangat memanjakan Idah dengan membantu membuat kerja-kerja projek dia.Dan paling aku tak suka, kawan-kawan aku cakap yang Idah memperalatkan aku sebagai alat untuk menyiapkan kerja-kerja projeknya sahaja. Aku buat semua itu ikhlas. Demi cintaku padanya.hehe..

2 bulan selepas itu. Idah dah jarang sms aku,call aku. Kalau ada masalah nak buat kerja-kerja projek baru dia call atau sms aku. Kalau nak meluah ke,tanya khabar ke, memang dah takde dah.Mungkin dia sibuk dengan hal-hal pembelajaran dia.Maklumlah,pelajarlah katakan. Satu hari,aku bertemu dengan Farid...Farid nie lagi, nama je kawan sekampung, tapi setelah sekian lama berkahwin,baru hari ini aku jumpa dia balik.. Dan entah kenapa mulut aku beritahu plak masalah Idah yang masih marah dan bencikan dia dan tidak mahu membuka pintu hati dan menerima cinta orang lain. Dan entah kenapa tiba-tiba Farid ketawa terbahak-bahak pulak. Aku tengah buat lawak macam dalam rancangan Raja Lawak ke nie? aku tak puas hati terus tanyalah apasal dia ketawa. Dan Farid berkata :

"Kau nie nak menipu pun,tipulah sebelum aku jumpa Idah. Aku baru je jumpa Idah kat shopping Mall tadi. Aku jumpa dia ngan sorang mamat.Nama dia Zainal. Idah sendiri kenalkan kat aku yang itu kekasih dia. Diorang menuntut sama-sama kat universiti. Aku tengok dorang dua memang secocok. Yelah dua-dua bakal cikgu."

Biar betul?? Takkanlah selama ini Idah tipu aku? Tak mungkin. Memang aku tak percaya. Jadi,pada petang tue juga,aku ambil keputusan untuk bertanyakan hal ini kepada Idah. Tapi aku pergi sana,aku tak bagi tau Idah.Aku buat 'lawatan mengejut'(sebenarnya time tu aku abis kredit). Dan ketika kat sana,entah kebetulan plak aku nampak Idah bersama dengan seorang mamat nie.Handsome juga.Kalau dibandingkan dengan aku,aku ni memang jauh betul tarafnya.huhu... Aku nampak mereka berdua begitu mesra sambil berpegangan tangan. Memang hati aku dah panas dah time tu.Tapi aku buat-buat tenang je sambil merapati mereka berdua. Aku buat muka tension.Tapi Idah buat muka selamba je depan aku. Lalu aku bertanya apa makna semua ini.? Dan Idah menjawab:
"Perkenalkan,inilah kekasih aku. Namanya Zainal."
Tapi bukankah selama ini kau cakap pintu hati kau belum terbuka untuk bercinta lagi?
"Aku ada cakap macam tue kah?"
Kalau kau tak ingat pasal tu tak apa,tapi kau mesti ingat yang aku pernah luahkan yang aku cintakan kau.
"Syukri, kau rasa aku nie layakkah untuk kau?"
Bagi aku,kau memang sempurna. Tiada cacat cela.Semua indah di mata aku.Dan tiada alasan untuk aku menyatakan yang kau tidak layak untuk aku.
"Tapi bagi aku, kau pula yang tidak layak untuk aku.Dan lagi satu,siapa yang cintakan kau?kalau aku,memang tak."
Hanya sedikit ungkapan dari Idah,tapi mampu melumpuhkan diriku selama-lamanya
Maka,memang benarlah kata kawan-kawanku yang lain. Idah memang hanya memperalatkan aku sebagai kuli untuk menyiapkan projek-projek dan assignment yang diberikan oleh pihak universiti dan umpannya adalah 'harapan mencintai'.

Dan kini. Sejak dari saat itu, Idah sudah tidak menghubungi ku lagi. Dia kini bergelar seorang guru di sekolah yang aku sendiri pun tidak tahu.Idah,andai kata kau terbaca tulisan ku ini. Inginku katakan,aku telah memaafkanmu dan dalam hati kecilku ini masih mengharapkan cintamu biarpun sekadar bayangan. Dan mungkin ketika kau membaca diari ku ini,aku sudah tiada lagi kerana kini aku berada di dalam keadaan kritikal sebelum melakukan pembedahan barah otak.Peluang untuk berjaya adalah 50/50 . Andainya selepas kau membaca diari ini dan setelah itu ingin menghubungi aku,maka hubungilah nomborku. Aku masih memakai nombor yang sama. Tapi andainya aku tidak ada menjawab panggilan tersebut, itu tandanya, Cinta Maha Agung Telah Menjemputku. 
Sekian




So.What the morale of the story? sila beritahu...hehe
Assalamualaikum...

Huhu,setelah sekian lama menyepi,baru hari ni aku dapat update blog aku yang ntah apa-apa nie.hahaha
Bukanlah niatku untuk menyepi,tapi apakan daya , tanganku menggigil,otakku berpusing,kakiku menggeletar...itu tandanya, AKU DEMAM...huhuhu...

Dari hari isnin lagi,aku dah start demam..
 Tiap malam menggigil je kerja aku.haha
Hari khamis, barulah aku pergi klinik,aku nie bukan apa. Aku tak sukalah pergi klinik..Lagi tak suka, kalau jarum...bukan pasal takut sakit..cuma malu dengan nurse.kalau cucuk jarum kat bahu,okay la..kalau kat punggung?hmmmmmm......takpelah,makan ubat je.hahaa

Dan setelah sekian lama aku bekerja di Kinabatangan, inilah pertama kali aku menjejakkan kaki ke klinik.. hahahaaa....
Inilah ubat yang aku dapat.Yang peliknya,apasal ada ubat sakit tulang plak doktor nie bagi kat aku???

Dan,selain ubat,tidak lupa juga....
hohoho...dapat cuti sakit...sehari jer... Tapi okaylah.dapat rehat kat rumah tadi.

Setelah selesai mengambil ubat,maka masa untuk bayar...
Berapa semua?
Rm 45.00
Perghh...mahalnya..tapi disebabkan memang aku perlukan ubat tu,aku bayar je lah.hahah

On the way ke ofis, mulalah aku mengomel sendirian sebab harga ubat yang mahal tu.hahaha...cakap sendiri dalam kereta.


Sampai je kat ofis,aku terjumpa seorang taukeh ladang ntah ladang mana... Tiba-tiba dia cakap.
"Alloo Bos! Gong Xi Fatt Chai" Sambil menghulurkan angpaw..

Wah..Angpaw.Rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari.wakakakaka...

Lantaklah tak kenal ke,kenal ke..dia dah bagi,ambil je la dan diakhiri dengan ucapan. Terima Kasih..wahahaha


Tengok dalam sampul .. Rm 20..hahaha...boleh tahan.kehkehkeh

Lepas dapat angpaw,aku pun berhenti mengomel pasal bayaran klinik itu tadi.wakakak...




Assalamualaikum...

Hari nie hari ahad. Seperti biasa, aku akan ke supermarket yang berhampiran untuk membeli barang-barang dapur bersama rakan serumah.
Senarai barang untuk dibeli sudah disediakan. Senarai barang itu penting tau, supaya kalau dah sampai kat kedai nanti, taklah terkial-kial nak fikir balik barang keperluan yang nak dibeli kan?

Antara barang-barang dapur yang masuk dalam list encik kamen hari ini ialah :
1. Gula 1kg
2. Minyak masak 1 plastik
3. Beras 1 kampit
4. Bawang putih 1 kg
5. Susu pekat manis 1 tin besar

Jadi, tepat jam 12.00 tengahari tadi, kami pun bertolak menuju ke kedai.
Setelah sampai,apa lagi... carilah barang-barang yang telah tersenarai dengan pantas.
Aku nie bukannya suka sangat nak beli barang lama-lama kat kedai. Nampak je barang yang nak dibeli, terus ambil.wakakakaka....

Tapi entah kenapa hari ini, kedai tue tukar posisi meletak barang-barang mereka. Kalau dah tukar posisi, nie yang aku leceh. Posisi sebelum ni aku memang dah hafal tempat-tempat barang tu.Tapi hari ini tukar,susahnya nak cari.huhu...
Aku tanya tokey kedai. 
"Apasal lu suka tukar-tukar tempat lu letak barang?"
Tokey tu jawab
"Feng Shui maa"

Tak boleh nak cakap apa dah. Tokey tu orang cina.Percaya dengan Feng Shui, jadi aku diam je la sambil meneruskan pencarian barang-barang keperluan.

Setelah hampir 10 minit berada di dalam kedai, hampir semua barang telah kami dapat. Hanya tinggal satu belum ditemui.
5. Susu pekat manis 1 tin besar

Maka dengan itu,aku bersama 2 orang housemate aku meneruskan pencarian. 
Tidak lama kemudian, kawan aku bersuara "Nah, nie nah susu"
aku dengan selamba menjawab " Itu susu kecil, aku nak yang besar"
Ye lah,nak cari susu pekat dalam Tin Besar, bukan Tin Kecil...

Setelah maju ke hadapan untuk mencari lagi, mata aku ternampak susu pekat dalam tin besar berada 2 meter sahaja dari kami, lalu aku bersuara " Nah,tueee nah susu besar" sambil tangan menunjuk ke arah susu tin tersebut.

2 orang perempuan penjaga kedai  tersebut yang berdiri tepat dengan kawasan susu pekat tersebut terus memerhatikan aku setelah mendengar suara aku yang agak kuat dan beralunkan kegembiraan. Mestilah gembira,dah jumpa barang terakhir.hohoho... Penjaga kedai nie pun satu, dah aku menuju nak ambil susu pekat tue, bukan nak senyum ka,apa kah, menjeling plak kat aku dan terus blahhh pergi jaga kawasan lain plak.. tak mesra pelanggan langsung.huh!!!

Setelah itu,aku apa lagi,tanpa tunggu lama teruslah ambil susu pekat tue dan terus menuju ke kaunter untuk bayar. Dah malas stay lama-lama kat kedai nie.Nak balik rumah.hehe

Kawan-kawan aku mana? Diorang dah keluar awal menunggu aku kat depan pintu kedai tue. Sambil ketawa terbahak-bahak.
Aku pelik,apasal diorang ni ketawa? kena sampuk hantu ketawa ka?wakkakaa

Setelah selesai pembayaran , aku terus blah...
Kawan-kawan aku masih lagi ketawa.

"Oi..apasal korang ni? takde lawak,ketawa...?"

Kawan 1: Masa ko cakap pasal ko nampak susu tadi, ko tak perasan ka ada perempuan kat depan tue? (sambil ketawa,aku masih tak paham)
Kawan 2 : Ko cakap "Tuee na susu besar" sambil tunjuk kat perempuan tue la...(ketawa lagi,kali nie aku dah paham)

Aissseeyyymeeennn...patutlah 2 orang perempuan tue menjeling kat aku. Rupanya dah salah sangka kat aku..diorang sangka aku tunjuk $#$%#@%#@... minta maaf ye.aku tunjuk kat susu pekat dalam tin besar.
hokeeeyyyyy.....
Mesti ada yang kata, 
"Komfom encik kamen tak nak datang kat kedai tu lagi sebab dah malu"

Minta maaf,encik kamen tak malu,sebab encik kamen pakai topeng...lalalalaaaa~~~ :P





Assalamualaikum....

Tadi,masa aku tengah belek-belek MukaBuku Facebook, aku perasan ada satu kebiasaan budak-budak zaman sekarang dalam menaip. Akupun tak taulah pasal apa diorang taip macam tue...Atau adakah aku yang ketinggalan dengan bahasa-bahasa baharu nie??? Ayat-ayat yang diorang taip nie membuatkan lidah aku mengalami kekejangan setelah membacanya...hahaha,,, Aku sangkakan selama ini hanya otot-otot pada badan je yang boleh mengalami kekejangan, rupanya lidah pun boleh mengalami perkara yang sama tau.hahaha

Nak tau ayat apa yang boleh membuatkan lidah kita menjadi kejang setelah membacanya??? silalah lihat Print screen kat bawah nie,dan silalah baca...hahahaha
Dah baca??? Amacam?? Ada yang faham kah?Ada yang mengalami kekejangan lidah??  
Kalau anda faham maksud ayat yang ditaip di atas, memang sahlah ada bahasa baharu yang aku tak tau nie..hahahhaha
Gurau jer... 
Sebenarnya inilah budaya budak-budak zaman sekarang dalam menaip secara ringkas sekarang nie.Budak-budak je ke??? Aku rasa bukan setakat budak-budak je yang taip macam nie.Orang dewasa pun ada juga yang taip ayat-ayat yang macam nie..wakakaka...

Susah sangatkah nak menaip dengan menggunakan bahasa yang orang lain boleh faham?
Kalau  menaip kat facebook tue,ada kena caj ke kalau guna bahasa yang betul?
Kalau SMS, mungkin perkataan-perkataan di atas nie boleh diterima pakai.. Tapi kalau dalam SMS pun, boleh faham ke kalau guna perkataan-perkataan yang simple-mimple macam tu??wakakaka....

Untuk pengetahuan semua, print screen kat atas, aku dapat dari sebuah group di dalam facebook yang membincangkan hal-hal agama islam. Masalahnya, penggunaan perkataan-perkataan di atas nie telah membuat "pencemaran" dalam group tue... 
"Pencemaran" apa?? 
Nak Tau??
Cuba baca sekali lagi ayat di print screen kat atas tue.
...
...
...
Dah baca? Tak faham juga apa yang dimaksudkan dengan "pencemaran"???
Okay,cuba tengok print screen kat bawah nie...
Perkataan yang aku bulatkan itulah yang aku maksudkan sebagai "pencemaran" kepada group yang membincangkan hal-hal agama itu...
Penggunaan perkataan Assalamualaikum diringkaskan menjadi Ass
TERUK BETUL!!!
tau tak apa maksud Ass tue???
Ass, kalau diambil dari bahasa inggeris yang membawa maksud Punggung

Sedangkan Assalamualaikum itu membawa maksud yang sangat cantik,
Assalamualaikum = Selamat Sejahtera ke atas kamu

Jadi, kenapa perlu gunakan perkataan yang ringkas kalau sampai menjadikan perkataan yang begitu indah menjadi maksud yang teruk???

Tidak salah menggunakan perkataan ringkas-ringkas nie. Contohnya kalau Assalamualaikum, kita boleh gunakan singkatan seperti "salam" ...mudah kan?? heheh

Kesimpulannya, penggunaan perkataan/ayat yang ringkas nie sebenarnya tak salah. Yang penting :
1. Orang lain boleh faham apa yang anda tulis
2. Menggunakan singkatan yang orang biasa gunakan.
3. Menggunakan perkataan-perkataan ringkas yang tidak membuatkan orang lain mengalami kekejangan lidah
Assalamualaikum....
Semalam aku tak tau nak buat apa.Duduk kat dalam hotel jer... Maklumlah,tengah outstation.. Jadi, aku banyak menghabiskan masa aku untuk blogwalking dan follow memollow..hahahhaha...
Lepas tue,aku follow satu blog ni. Blog Norgadis.... Lepas follow,dia bagi award follower..wakakakaka
Create your own banner at mybannermaker.com!

Mesti ada yang kata, "alaaa,setakat dapat award gitu,apa nak heran?" 
Tak kisahlah nak kata apa,yang penting Award nie adalah Award pertama yang aku dapat dari blogger... 
Orang dah bagi Award, takkan tak nak terima kan?heheh... 
"Kecil tapak tangan,nyiru saya tadahkan "
Jadi, aku letaklah Award aku nie di side bar blog aku ni sebagai tanda kenangan.wakakaaka
apa-apapun,terima kasih la diucapkan kepada Norgadis sebab sudi bagi award nie kepada aku dan follower-follower lain..hehe




Assalamualaikum....
Akhirnya dapat juga aku masa untuk meng'update blog aku ni... encik kamen memang seorang pemalas nak update.huhu...
Bukan apa, aku busy sangat dengan kerja dalam beberapa hari ini.. busy bercuti di kampung lagi.Jadi, masa untuk meng'update itu kurang...tapi hari ini aku nak update dah..hehe

Tahun baharu Cina hari tu, aku balik kampung. Ye lah, dah cuti kan,balik kampung lah..hahaha
Tapi selama aku bercuti, tak banyak tempat aku kunjungi. Banyak menghabiskan masa di rumah saja. Kalau malam , macam biasa,duduk kat restoran sambil minum segelas teh tarik tapi duduk menghabiskan masa kat sana selama 2 jam...Peergghhhhh....Mesti tuan punya kedai tu marah nak mampus kat aku dan kawan-kawan. Yelah, minum secawan je,tapi duduk berjam-jam...hahahahaha.. Lantaklah tuan punya kedai tu nak marah. Kitorang bukan minum free,kitorang bayar tau.hehhehehe..

Kenapa aku banyak menghabiskan masa kat rumah? Sebab banyak kedai tutup..uwaaaaa..... kebanyakan kedai-kedai kat Kota Kinabalu nie dimiliki oleh orang cina... tak dapatlah aku nak cari Pc Game baru, tak dapatlah aku nak cuci mata di kedai komputer..huhuhu...

Tapi hari tu, 4 haribulan februari... Kawan aku tiba-tiba je ajak jalan-jalan pergi KK...aku macam biasa la, on je..heheheee....

Setelah berjam-jam merayau.... kitorang jadi boring..Yelah,merayau tengah malam,lagilah takda kedai buka.wkakakaaka.....

Tapi ada satu tempat yang menarik.
Macam menarik je kalau ambil gambar kat tempat tu...
Jadi,tanpa tunggu lama,apa lagi.ambil gambarlah... Lantaklah orang nak kata apa.wkakakakaka




WAJAH DALAM GAMBAR INI TERPAKSA DI BLUR KAN BAGI MERAHSIAKAN IDENTITI SEBENAR ENCIK KAMEN..wahhh...misteri gitu lorh.. .XD
Setelah ambil gambar, bermulalah dialog kitorang :
Kawan 1: okay,lepas ni nak pergi mana?
Kawan 2: Mana aku tau nak pergi mana,ko yang ajak pergi KK,aku ikut jak.
Encik Kamen : wei.wei....jangan kata korang taktau nak pergi mana lepas ni plak?
Kawan 1: aku pun tak tau nak pergi mana lagi..
Kawan 2 : Perrghhh....jauh-jauh kita pergi KK,takde idea plak? dah la jalan ambil masa setengah jam ni..
Encik Kamen : wei.wei..jangan kata korang nak balik dah ni sebab takda idea nak pergi mana lagi??
kawan 1 :......
Kawan 2 : .....
Encik Kamen: .....

Setelah lima minit berdiam diri,maka kitorang ambil keputusan untuk balik je lah....wakkakakaka
Perjalanan yang sungguh membosankan la
Assalamualaikum...

Dah beberapa hari aku menyepi... Maklumlah, aku ni bukanlah seorang penulis tegar.haha
Lagipun dalam beberapa hari ni (sejak hari jumaat) ,kawasan aku ni hujan tanpa henti... habislah,baju dijemur pun tak kering ooo.... tapi jangan risau...Bau hapak??? Tiada lagi sejak saya menggunakan DOWNY..wkakakaka

Disebabkan hujan berterusan, kawasan Sandakan pun banjir.huhu... 
Tak pernah plak aku tengok kawasan bandar Sandakan ni banjir seteruk ini...

Siap ada tanah runtuh lagi..

Jadi aku lampirkan beberapa gambar Sandakan ketika banjir




sebelum aku terlupa,aku nak bagi tau,
gambar-gambar ini bukan hak milik aku,gambar-gambar ni aku ambil dari facebook kawan aku yang juga tinggal kat Sandakan.. Dah banjir camni,macamana aku nak turun pergi Sandakan. Baik duduk rumah je..haha

Sepanjang cuti hari sabtu dan ahad, aktiviti yang dapat aku lakukan hanyalah
makan - main game - tidur (aktiviti ini diulangi berkali-kali dalam sehari)


Tapi start hari ini, akhirnya matahari telah kembali menyinar muka bumi ini.hehe
Dah boleh jemur kain dah...
Dah boleh main bola daaa (mesej ini untuk kaki bola, bukan kaki bangku macam aku.)

Kepada mangsa-mangsa banjir, aku ucapkan takziah. Semoga kejadian yang menimpa ini akan diharungi dengan sabar.
Assalamualaikum...

Tepat jam 7.30 malam tadi,aku dapat SMS dari adik aku...Sms nya berbunyi bertulis begini :
"Along, Along tau tak hari ni hari jadi siapa? Kalau tau,ada hadiah?"

Pergghhh....Adik aku sms aku la pulak. Ini tak lain dan tak bukan, nak claim hadiah dari aku la ni.hahaha

Hari ini hari jadi adik aku yang ke 12 tahun. Dah besar plak dia ni.UPSR plak tahun nie.

Tapi SMS itu tidak tergantung di situ.Aku jawab
"Ntah,hari jadi siapa ek? Hari jadi Along lama lagi.Hari jadi Angah plak dah berlalu..Sapa yang hari jadi:?Jiran rumah Along ka?"
wakakakaka....Hampeh punya jawapan dari insan bergelar Abang.

Tak tahan dengan jawapan SMS loyar busukburuk dari aku,akhirnya adik aku bagi tau kat aku juga yang dia harijadi hari nie dan nak hadiah.
aku jawab lagi, "bagi duit dulu,baru Along belikan hadiah" 
wakakakaka....
adik aku jawab
"Okay"
fuh......ringkasnya jawapan. mesti kecewa sebab abang dia taknak bagi hadiah.wakakakakak

Bukan taknak bagi,tapi aku tinggal kat bandar lain,adik aku plak kat kampung.Maklumlah,kerja..terpaksa tinggal jauh dari keluarga.huhu..sedey.. Tunggu aku balik kampung nanti baru aku belikan hadiah untuk adik aku tue.haha

Cakap pasal hari jadi ni, terkenang plak umur aku sendiri..

aku dah nak masuk 24 tahun

Fuh......dah tua plak aku ni. Rasa macam baru je abis sekolah tahun lepas.Rasa macam jer..rupa-rupanya dah 4 tahun berlalu selepas aku habis menamatkan zaman persekolahan.Tak sedar,masa berlalu begitu pantas...

Kalau difikir-fikir,selama aku hidup dalam 24 tahun ni,apa yang telah aku capai ek??? hmmm....
Rasanya pencapaian kurang menarik banyak.. Pencapaian yang menarik dan boleh dikenang nie yang kurang sangat.haha

Tapi takpelah,yang berlalu biarlah berlalu...Masa hadapan nie yang kita perlu tempuhi...
Dalam umur aku yang hampir mencecah 24 tahun ini, aku mula berfikir....

Umur makin meningkat, cukupkah iman didada aku ini untuk di bawa ke alam akhirat???
Harta tak pandai bertambah,asyik berkurang je...bilalah aku nak kaya macam DR Rozmey???
Bilalah aku nak kahwin,bilalah aku nak ada anak....~~~~kawan-kawan ramai dah kahwin...Aku???

Argghh!!! boleh tekanan juga kalau aku asyik fikir 3 perkara nie...

Tapi yang terakhir tue yang aku pelik.Balik-balik aku  pikir pasal kahwin...hampeh!!! 
Mungkin pasal aku tengok kawan-kawan aku dah ramai yang kahwin,tu yang menyebabkan aku jadi jeles dan menggatal nak kahwin(calon belum ada,ada hati nak kahwin)..wkakakakkakaka

Ada satu hari tue aku try nak menyakat mak aku.Saja nak tanya soalan PANAS ni...
"Mak,kalau saya nak kahwin, apa pendapat mak?"

Setelah aku soal macam tue,maka bermulalah sesi ceramah 50 minit 30 saat dari mak aku...
"Ko nie, Dah cukup kah duit kat ASB untuk masuk meminang anak orang? Dah mampukah ko untuk menanggung makan minum anak dan bini ko nanti?..........blaaa blaaa blaaaa...(kata-kata mak aku terpaksa diringkaskan sebab terlalu panjang.wkakakaka)"

Fuh....dasyat mak aku ni...Ceramah mengalahkan ahli politik.wkakakaka... Tapi betullah juga apa yang mak aku cakap tue.Sebab masa aku soal macam tu, masa tu aku baru je dapat kerja gomen dalam 1 bulan.Tetiba je tanya pasal nak kahwin,nak mampus?!!wkakakakakaka

Tapi sekarang dah lain,mak aku dah bersifat terbuka. Siap tanya aku lagi bila nak kahwin.hahahaha..
Tapi minta maaf mak,anakmu ini belum bersedia nak kahwin.Nak cari harta dulu...Nak cukupkan iman dulu supaya dapat bimbing bakal isteri nanti...hohoho
Dan tidak lupa juga,nak cari calon..wkakakakakaka






ANDA TAK HANDSOME?
ANDA TAK TAU CARA NAK MENGURAT?
JANGAN RISAU,SILA LIHAT GAMBAR DI BAWAH. 
CARA UNTUK MEMBUAT HATI GADIS IDAMAN ANDA JATUH HATI
WAKAKAKAA....KALAU BERANI,IKUTLAH CARA INI.
LEPAS TU,PIKIRLAH CAMANA NAK CARI DUIT 10 MILLION DOLLAR TU... HAHA
Topik untuk hari ini,aku nak cerita pasal memasak...
Orang-orang tua kata, bab masak-memasak ni kerja orang perempuan je...Lelaki kerja dia bab-bab potong kayu,toreh getah...Itu orang zaman dulu la,zaman sekarang???....

Sekarang nie??? Patutkah insan yang bergelar seorang lelaki tidak tahu memasak???

Sebenarnya bab masak-memasak ni bukanlah tugas insan bergelar wanita semata-mata.Lelaki pun sepatutnya kena belajar memasak. Komfom ada orang kata Encik Kamen ni kategori lelaki lembut sebab nak cerita pasal memasak..walaupun sekadar tahu masak nasi.hehe

Kalau lelaki bujang lagi,hmmmm... nak suruh isteri masak,belum kahwin la pulak.Takkan nak suruh anak dara jiran yang masak untuk kita. Dan takkan lah hari-hari nak singgah kat warung atau restoran mamak je... Untuk berjimat,kenalah pandai masak juga.hehehe

Housemate aku pernah cakap kat aku
"Memasak ni kerja orang perempuan la.Bukan lelaki... Kalau lelaki tue memasak,komfom lelaki tu '2 alam' (bukan filem 2 Alam DR Rozmey tau)"

Ayat dia ni membuatkan hati aku sedikit panas.Yelah,dah hari-hari kat rumah aku yang masak.Dia masak juga(masak nasi jerr dia tau).... Tapi takpalah,aku nak marah pun takde guna.Dia bergurau je pun.

Tapi,selang 20 minit kemudian, tiba-tiba je housemate aku tu tanya aku ,
"Kau masakkah malam ni?"

Soalan dia ni adalah 'point' untuk aku balas dendam..wakakaakka....jadi,aku jawablah
"Eh,aku kan lelaki.Aku tak masak sebab aku lelaki sejati, bukan '2 alam' . "

wakakakakaaaa...Rasakan jawapan dari aku...Dan housemate aku pun ketawa menyesal je(camana tu ketawa menyesal?).Yelah,terkena balik dengan kata-kata sendiri.wkakakakka...Tapi,walaupun aku cakap tak masak malam tu,aku masak juga. Yelah,kalau tak masak,komfom aku lapar.wkakakkaka

Jadi,kepada lelaki bujang di luar sana.Janganlah jadikan faktor "lelaki" dijadikan alasan untuk tidak pandai atau tidak mahu belajar memasak.

Tak tau nak masak??? Takpe, Aku bagi contoh salah satu masakan orang bujang yang simple.Baru tadi pagi aku masak .Iaitu, Mee Goreng Udang Bersama Telur Goreng... Perrgghh...nama punya panjang.wkakakaka

Okay,terus kepada bahan-bahan ye...(wahh,dah macam chef la pulak.)

 1. Telur Goreng (Adik aku yang masih sekolah tadika pun tahu masak ni.Jadi,tak perlulah nak ajar ye.)
 2. Udang yang dipotong-potong kecil
3. Bawang merah (dihiris)

 4. Mee yang direbus
5. Bahan perisa iaitu kicap masin, sos cili, sos tiram ,garam dan serbuk lada putih

Okay,cara nak masak camana???

1. Panaskan minyak,Selepas itu masukkan hirisan bawang merah tadi dan tumis sehingga naik bau. Naik bau apa? Bau bawanglah.Takkanlah bau perfume...wakakakak...

2. Selepas itu masukkan sos cili, sos tiram dan kicap masin ke dalam tumisan bawang itu. Berapa banyak nak masukkan?? Masukkan secukup rasa. Kacau tumisan sehingga sebati. 

3.Selepas itu masukkan setengah gelas air ke dalam tumisan tersebut.Jangan banyak sangat ya.Nanti Mee goreng jadi mee basah la pulak.wkakakaa
4.Setelah itu, masukkan mee yang telah direbus tadi ke dalam tumisan dan kacau hingga kering. Jangan sampai kering sangat,nanti tak pasal-pasal bukan kering,jadi hangus plak.wakakaaka

5. Taburkan serbuk lada putih.Ini untuk menambahkan rasa pedas je.Kalau taknak pun takpe. Dan akhir sekali sedikit garam.Kalau korang rasa taknak masukkan garam pun takpe.

6. Mee Goreng Udang Bersama Telur Goreng siap untuk di makan.



Mudahkan???
Jadi, apalagi? Cubalah resepi Encik Kamen ni.hahahaha


So,kepada lelaki...Ingat satu benda lagi,
"ANDA BUKAN 2 ALAM KALAU ANDA PANDAI MEMASAK"


Setelah menghabiskan masa berdepan dengan laptop selama 2 jam,akhirnya selesai juga aku mengemaskini gadget/widget kat dalam blog aku ni....daftar nuffnang pun sudah(walaupun aku tak tau fungsi nuffnang XD) ...


Tapi,apasal simple sangat aku punya blog ni? pelik....2 jam berdepan dengan blog pun,begini je ke hasilnya??? hahaaha....

Takpelah.janji ada...cantik-cantik aku adjust pun,adakah orang yang nak tengok? aku sorang-sorang je yang tengok rasanya.hahaahahaa... Kecantikan luaran tak penting,yang penting isi kandungannya.Betul tak?hehe

Terima kasih juga yang tak terhingga diucapkan kepada follower yang sudi sign up nama anda kat blog saya yang takde apa-apa ni...Ibarat "anda datang ke rumah saya,dan hanya dihidangkan secawan teh O dan biskut marie je"....huhu...

So,kepada rakan-rakan yang sudi jenguk blog Encik Kamen ni, silalah tinggalkan jejak anda ya...insyaallah,kalau ada masa, saya akan jenguk blog anda...hehe

So,mata pun dah mengantuk.Esok nak kerja lagi,jadi Encik Kamen nak tidur dulu lah...

selamat tido rakan-rakan.haha


   





Assalamualaikum w.b.t .........

Setelah sekian lama menulis diari "dalam hati", akhirnya aku telah berpindah arah untuk menulis cerita tentang apa-apa je lah di dalam sebuah blog...hehe...Maklumlah,memory ram hati aku dah tak mampu untuk menanggung isi hati yang banyak dipendam di dalam.."Hardisk otak" pun dah penuh... takut kalau banyak sangat disimpan, nanti boleh jadi jammed...hahah..

Okaylah,untuk permulaan cerita, saya perkenalkan diri dahulu ye..
Nama ku ialah Encik Kamen....itu saja... :D

Apa itu KAMEN??? Mesti tiada siapa yang tahu kan? (kalau dah tau pun,buat2 tak tau je XD)

Kamen diambil dari perkataan bahasa jepun yang membawa maksud TOPENG...
Aku guna nama KAMEN ni sebab.....dah memang aku digelar begitu,nak buat camana.. mungkin disebabkan aku ni peminat gila (FANATIK YANG TERAMAT SANGAT) dengan filem hero jepun iaitu Kamen Rider...hehe.
Tapi takpe,yang penting...Aku ialah Encik Kamen, Lelaki yang menyembunyikan wajah disebalik topeng...wahahah(boleh tahan juga nama aku ni.macam misteri la pulak)

Jadi tak nak tulis panjang-panjang lagi, kehidupan ku sebagai Amatur Blogger bermula sekarang..