Cinta
Sebut sahaja perkataan CINTA, semua pasti menganggap cinta itu adalah suatu perkara yang indah.
Namun hakikatnya,cinta itu indah hanya untuk dua pasangan yang saling menyayangi.
Dan CINTA itu tidaklah indah bagi seseorang yang hanya bertepuk sebelah tangan
Namun cinta bertepuk sebelah tangan tidaklah teruk sekiranya seseorang itu ditolak cintanya dengan lebih awal
Ianya hanya menjadi lebih teruk kalau perasaan cintanya itu terus-menerus dipergunakan dan sehingga pada satu masa, iaitu ketika seseorang itu tidak diperlukan lagi,barulah ianya ditolak.

Dan....Apa yang Encik Kamen sedang merepek nie?hahaha

Ya,hari ini encik kamen nak berkongsi sedikit tentang satu situasi percintaan. Kalau ada pengajaran,silalah ambil dan berkongsi dan mungkin boleh di ambil untuk menjadi 'nota' dalam bercinta.hehehe

Tapi,kalau tiada pengajaran ,maka bacalah seperti anda sedang membaca sebuah karangan budak tadika yang gagal peperiksaan akhir tahun dan terpaksa mengulang kelas tadika tiap tahun.(sekali lagi merapu :p)
Sebelum anda membaca dengan lebih lanjut, Encik Kamen nak bagi tau,cerita di bawah hanyalah rekaan semata-mata. Kalau rasa nak baca,dipersilakan.hehe


Baiklah Encik Kamen Masuk Romance Mood <3 <3 <3
Baiklah,aku mulakan cerita :

Namaku Syukri, umurku 25 tahun. Aku nak berkongsi cerita cinta aku.Bukan kisah cinta yang indah seperti romeo dan julie,tapi inilah cinta yang mana hanya satu pihak saja yang mencintai.Tidak percaya adanya cinta sebelah pihak? Percayalah.Inilah yang dinamakan cinta yang bertepuk sebelah tangan.

Nak di jadikan cerita,aku nie minat kat sorang kawan aku. Namanya Zuraidah.Aku panggil dia Idah. Kami berdua memang rapat. Sejak dari zaman persekolahan lagi. 
Ketika waktu persekolahan,iaitu ketika umur kami 19 tahun,Kalau ada masalah, Idah sering luahkan masalahnya kepada aku.Pendek kata, tiada rahsia antara kami berdua.Semuanya dikongsi bersama.

Suatu hari, Idah bertemu denganku ketika waktu rehat. Dia menyatakan dia telah jatuh hati dengan seorang dari kelas sebelah. Namanya Farid.Farid nie memang aku rapat gilerr la.Sebab dia kawan sekampung aku. Jadi,dipendekkan cerita,Idah ingin aku untuk memperkenalkan dirinya kepada Farid. Bagi aku itu bukanlah perkara yang sukar.Yelah,dah memang aku rapat dengan Farid.hehehe
Maka,setelah itu bermulalah misi aku untuk menyatukan dua insan ini. Tapi tidak kusangka rupanya Farid juga menyimpan perasaan terhadap Idah. Jadi, bertambah mudahlah kerja aku untuk menyatukan mereka berdua. Dan setelah hampir sebulan mereka saling kenal-mengenali, maka mereka berdua pun berstatus "In Relationship",siap tukar status di facebook lagi..memang bahagia lah.heheh(terasa macam cupid-mupid la pulak aku nie)

Namun, Setelah mereka saling bercinta, perangai Idah sudah berubah. Dia sudah jarang bertegur sapa dengan aku.Dia sudah tidak pernah lagi mengadu masalahnya kepada aku. Kenapa begitu? Adakah mungkin kerana Idah sudah ada Farid sebagai temannya untuk mengadu masalah? Adakah Idah tidak mahu Farid cemburu kalau Idah bertegur dengan aku? Akupun tidak tahu....  Namun,ketika aku melihat mereka berdua ketawa mesra, bergurau senda bersama, hati aku bagai dilanda tsunami,terasa bagai ada gegaran gempa bumi kecil di hati ini. Kenapa? Adakah aku....

Ya,memang aku cemburu... Setelah sekian lama.Baru aku sedar,rupanya selama ini aku sudah jatuh cinta dengan Idah. Namun semuanya sudah terlambat. Idah sudah bahagia bersama Farid. Tidak ada apa-apa lagi yang dapat aku lakukan.

Suatu hari,aku bertanyakan Idah berkenaan sikapnya yang kini berubah. Dia sudah melupakan aku iaitu selaku kawannya yang pernah berkongsi suka dan duka. Yelah.Takkan aku nak cakap 'selaku kekasih' kan? mestilah aku cakap kawan.. Tak dapat jadi kekasih pun takpe,asalkan perhubungan persahabatan kami tak renggang. Namun jawapan yang aku terima adalah sama apa yang aku fikirkan. Dia menyatakan, Farid lah tempat dia berkongsi suka dan duka kini, Farid lah tempat dia mengadu masalah kini. Dan aku? hanyalah kawan biasa. Dan Idah juga menyatakan dia tidak mahu mendampingi aku seperti dahulu sebab Farid tidak suka dan dia pasti cemburu.

Ketika umurku 20 tahun, kini tamatlah pengajian STPM ku. Dan kini Idah? Aku dengar dia telah melanjutkan ke Universiti. Farid? Aku dengar dia nak mulakan bisnes restoran secara kecil-kecilan. Dan aku? Kerja kat syarikat swasta je la. 
Suatu hari aku mendapat satu panggilan telefon. Aku kenal nombor ini. Ya,nombor yang sekian lama aku nantikan panggilannya. Idah menghubungi aku. Tapi kenapa? Idah mengadu tentang Farid yang memutuskan perhubungan antara mereka disebabkan Farid telah memilih wanita lain yang sama kerjaya seperti dia iaitu seorang usahawan kecil-kecilan. Menangis hiba Idah dari corong telefon. Kalau ikutkan hati,mahu saja aku berjumpa dengan Farid dan memukulnya sebab telah melukakan hati sahabat ku ini.Namun aku tak lakukannya sebab kalau ikut kata hati,nanti mati.hehe.

Hampir setiap hari Idah menelefon aku meluahkan rasa sedihnya kepada aku. Dan aku masih tetap seperti dahulu menjadi pendengar yang setia.Dan kadang-kadang memberinya nasihat agar dia lebih tenang. Yelah,dia kan pelajar universiti, tak bolehlah terganggu fikiran dengan hal-hal macam nie... 

5 bulan kemudian, aku mendapat kad undangan dari Farid. Ternyata Farid kini sudah ingin bernikah dengan gadis pilihannya itu yang juga seorang usahawan sepertinya. Namanya Mia. Kalau dilihat,mereka berdua memang sepadan. Dan ketika hari persandingan telah tiba, aku mendapat panggilan dari Idah. Ternyata Idah masih bersedih,dan Idah terus-menerus meluah segala kesedihannya dalam tangisan sehingga aku sendiri tidak faham dengan apa yang dikatakannya.Namun,aku sebagai pendengar yang setia,tetap mendengar seperti faham.hehe...

3 Bulan selepas pernikahan Farid dan Mia. Kini Idah sudah pasrah dengan pemergian Farid. Tapi dalam hatinya,aku tahu dia begitu marah dan membenci Farid setelah apa yang telah dilakukannya. Walaupun aku jarang bertemu dengan Idah(sebab dia kat universiti), aku tetap tahu sebab dia pernah nyatakan betapa dia bencikan Farid kini. Namun kini,aku gembira kerana Idah yang dulu telah kembali.  Kadang-kadang , apabila ada kerja projek dari pensyarah,dan dia tidak tahu melakukannya,aku akan membantunya. Yelah,walaupun aku nie takde sampai masuk universiti,tapi aku nie takdelah sebodoh-bodohnya. Kadang-kadang aku sanggup masuk ke kawasan tempat dia belajar semata-mata untuk bertemu dengannya kalau dia mengadu sakit atau kalau dia memerlukan aku menjadi penemannya berbicara. Fuhh...jarak tempat aku tinggal dengan tempat dia belajar,boleh tahan juga jauh.Mengambil masa 1 jam perjalanan.Tapi demi insan yang bergelar sahabat tapi dalam hati ada cinta ini,aku sanggupkan diri juga.heheh.. Kawan-kawan aku yang lain selalu membebel kat aku.Ye lah,sanggup berulang-alik semata-mata untuk bertemu 'cinta' yang tidak pasti.

Ketika umurku 24 tahun, Kali ini,aku telah bertekad untuk meluahkan rasa cinta aku pada Idah. Tak kiralah,apa nak jadi,jadilah. Lebih baik aku meluah dari terus menerus bermain dengan perasaan sendiri. Jadi, aku set satu masa yang sesuai untuk bertemu dengan Idah. Dan setelah itu,aku terus meluahkan rasa cinta aku padanya. Jadi, apakah jawapan Idah?
"Syukri,kau memang seorang yang baik.Memang kalau aku inginkan kekasih,aku inginkan insan seperti kau. Tapi setakat ini aku tidak mampu menerima sebarang cinta kerana pintu hatiku masih belum terbuka untuk bercinta sejak kekecewaan aku terhadap Farid dulu.Kesannya masih ada.Aku harap kau faham,tapi kalau pintu hati aku sudah sedia untuk bercinta lagi, kau lah orang pertama yang akan aku beritahu"

Hehehe...Itulah kata-kata Idah.Aku masih ingat sampai sekarang.Dan mulai saat itu,aku telah bersumpah kepada diri sendiri akan setia menanti sehingga pintu hati Idah terbuka semula untuk bercinta lagi dan seterusnya menerima aku. Dan mulai saat itu juga,aku tetap dengan kebiasaan aku.mendengar luahan dari dia,membantu dia membuat kerja-kerja projek universiti.hehe... Kawan-kawan aku yang lain plak,macam biasalah,marah kat aku sebab suka sangat memanjakan Idah dengan membantu membuat kerja-kerja projek dia.Dan paling aku tak suka, kawan-kawan aku cakap yang Idah memperalatkan aku sebagai alat untuk menyiapkan kerja-kerja projeknya sahaja. Aku buat semua itu ikhlas. Demi cintaku padanya.hehe..

2 bulan selepas itu. Idah dah jarang sms aku,call aku. Kalau ada masalah nak buat kerja-kerja projek baru dia call atau sms aku. Kalau nak meluah ke,tanya khabar ke, memang dah takde dah.Mungkin dia sibuk dengan hal-hal pembelajaran dia.Maklumlah,pelajarlah katakan. Satu hari,aku bertemu dengan Farid...Farid nie lagi, nama je kawan sekampung, tapi setelah sekian lama berkahwin,baru hari ini aku jumpa dia balik.. Dan entah kenapa mulut aku beritahu plak masalah Idah yang masih marah dan bencikan dia dan tidak mahu membuka pintu hati dan menerima cinta orang lain. Dan entah kenapa tiba-tiba Farid ketawa terbahak-bahak pulak. Aku tengah buat lawak macam dalam rancangan Raja Lawak ke nie? aku tak puas hati terus tanyalah apasal dia ketawa. Dan Farid berkata :

"Kau nie nak menipu pun,tipulah sebelum aku jumpa Idah. Aku baru je jumpa Idah kat shopping Mall tadi. Aku jumpa dia ngan sorang mamat.Nama dia Zainal. Idah sendiri kenalkan kat aku yang itu kekasih dia. Diorang menuntut sama-sama kat universiti. Aku tengok dorang dua memang secocok. Yelah dua-dua bakal cikgu."

Biar betul?? Takkanlah selama ini Idah tipu aku? Tak mungkin. Memang aku tak percaya. Jadi,pada petang tue juga,aku ambil keputusan untuk bertanyakan hal ini kepada Idah. Tapi aku pergi sana,aku tak bagi tau Idah.Aku buat 'lawatan mengejut'(sebenarnya time tu aku abis kredit). Dan ketika kat sana,entah kebetulan plak aku nampak Idah bersama dengan seorang mamat nie.Handsome juga.Kalau dibandingkan dengan aku,aku ni memang jauh betul tarafnya.huhu... Aku nampak mereka berdua begitu mesra sambil berpegangan tangan. Memang hati aku dah panas dah time tu.Tapi aku buat-buat tenang je sambil merapati mereka berdua. Aku buat muka tension.Tapi Idah buat muka selamba je depan aku. Lalu aku bertanya apa makna semua ini.? Dan Idah menjawab:
"Perkenalkan,inilah kekasih aku. Namanya Zainal."
Tapi bukankah selama ini kau cakap pintu hati kau belum terbuka untuk bercinta lagi?
"Aku ada cakap macam tue kah?"
Kalau kau tak ingat pasal tu tak apa,tapi kau mesti ingat yang aku pernah luahkan yang aku cintakan kau.
"Syukri, kau rasa aku nie layakkah untuk kau?"
Bagi aku,kau memang sempurna. Tiada cacat cela.Semua indah di mata aku.Dan tiada alasan untuk aku menyatakan yang kau tidak layak untuk aku.
"Tapi bagi aku, kau pula yang tidak layak untuk aku.Dan lagi satu,siapa yang cintakan kau?kalau aku,memang tak."
Hanya sedikit ungkapan dari Idah,tapi mampu melumpuhkan diriku selama-lamanya
Maka,memang benarlah kata kawan-kawanku yang lain. Idah memang hanya memperalatkan aku sebagai kuli untuk menyiapkan projek-projek dan assignment yang diberikan oleh pihak universiti dan umpannya adalah 'harapan mencintai'.

Dan kini. Sejak dari saat itu, Idah sudah tidak menghubungi ku lagi. Dia kini bergelar seorang guru di sekolah yang aku sendiri pun tidak tahu.Idah,andai kata kau terbaca tulisan ku ini. Inginku katakan,aku telah memaafkanmu dan dalam hati kecilku ini masih mengharapkan cintamu biarpun sekadar bayangan. Dan mungkin ketika kau membaca diari ku ini,aku sudah tiada lagi kerana kini aku berada di dalam keadaan kritikal sebelum melakukan pembedahan barah otak.Peluang untuk berjaya adalah 50/50 . Andainya selepas kau membaca diari ini dan setelah itu ingin menghubungi aku,maka hubungilah nomborku. Aku masih memakai nombor yang sama. Tapi andainya aku tidak ada menjawab panggilan tersebut, itu tandanya, Cinta Maha Agung Telah Menjemputku. 
Sekian




So.What the morale of the story? sila beritahu...hehe

13 comments:

. said...

mak aih panjang. nanti gua komen balik. haha.

KUREKURE COMEL said...

perhhh...amat sedih....bodohnye idah tu....
geram ni..huhuhu

. said...

sedih giler cerita tu. orang nama zuraidah ni memang semuanya jahat2. hahaha

AbbasyCollections said...

KureKure comel : sabar2....cerita itu hanya rekaan semata2..haha

Khairul hisyam : aik? zuraidah semua jahat ke? atau hati khairul pernah dilukai insan bernama zuraidah?lalalaaaa~~~ hahaha

KUREKURE COMEL said...

sengal khairul ni tau...sekeh baru tau...hehehe

~NiZa Maksit~ said...

cinta tak semestinya memiliki ^_^

cerita yg best!

MyLaDYnuR88 said...

sokong nieza 100%....cinta xsemestinya memiliki...

kalo da jodoh xkn kemana...

hidup mesti di teruskan..

boley buat novel...hehhehee

echaRierie said...

jiwang ea..hahaha
but good story..hehe
XD

Ilabellanabilah said...

sedih nye cinta wu...
ermm blh thn laa cerita tu..huhuhu

Nora Shahaira said...

ish..ish..tragisnya...

pada akak, itu adalah ingatan Allah kerana dia taksub kepada cinta manusia hingga terlupa segala-galanya di tgn Allah. Jadi, sepatutnya dia jgn terlalu kecewa dgn cinta dunia kerana itu dugaan Allah yang amat merindui rintihan dan doa hamab-NYa. (kata-kata org yg dikecewakan suatu ketika dulu)

AbbasyCollections said...

~NieZa~,MyLaDYnuR88 ,echa rierie,❤‌ princess nabilah ❤ , : Thanks atas komen dan pujian anda.heheh

Nora Shahaira : Kak, I like u'r statement.hehe... Memang itulah pengajaran yang saya cari2. Kadang2,kita ini terlalu taksub dengan cinta,sehingga membuatkan diri kita leka. Dan,akhirnya apabila diri sudah tidak ada apa2 lagi, barulah diri ini mengingati Allah,cinta yang maha agung.hehe

Alina Wardah said...

jangan dicari cinta manusia jika masih belum kenal kasih Allah..

Journey Travel said...

hai...encik kamen...seronok sya baca cerita encik kamen...tapi memg bertepuk belah tangn tu rasanya sakit sekali..bila kita suka org yg kita suka, tapi org tu tak nk kat kita...dn sya mengalaminya...:))..anyway..gud story...:)

Post a Comment