Assalamualaikum....

Tadi,masa aku tengah belek-belek MukaBuku Facebook, aku perasan ada satu kebiasaan budak-budak zaman sekarang dalam menaip. Akupun tak taulah pasal apa diorang taip macam tue...Atau adakah aku yang ketinggalan dengan bahasa-bahasa baharu nie??? Ayat-ayat yang diorang taip nie membuatkan lidah aku mengalami kekejangan setelah membacanya...hahaha,,, Aku sangkakan selama ini hanya otot-otot pada badan je yang boleh mengalami kekejangan, rupanya lidah pun boleh mengalami perkara yang sama tau.hahaha

Nak tau ayat apa yang boleh membuatkan lidah kita menjadi kejang setelah membacanya??? silalah lihat Print screen kat bawah nie,dan silalah baca...hahahaha
Dah baca??? Amacam?? Ada yang faham kah?Ada yang mengalami kekejangan lidah??  
Kalau anda faham maksud ayat yang ditaip di atas, memang sahlah ada bahasa baharu yang aku tak tau nie..hahahhaha
Gurau jer... 
Sebenarnya inilah budaya budak-budak zaman sekarang dalam menaip secara ringkas sekarang nie.Budak-budak je ke??? Aku rasa bukan setakat budak-budak je yang taip macam nie.Orang dewasa pun ada juga yang taip ayat-ayat yang macam nie..wakakaka...

Susah sangatkah nak menaip dengan menggunakan bahasa yang orang lain boleh faham?
Kalau  menaip kat facebook tue,ada kena caj ke kalau guna bahasa yang betul?
Kalau SMS, mungkin perkataan-perkataan di atas nie boleh diterima pakai.. Tapi kalau dalam SMS pun, boleh faham ke kalau guna perkataan-perkataan yang simple-mimple macam tu??wakakaka....

Untuk pengetahuan semua, print screen kat atas, aku dapat dari sebuah group di dalam facebook yang membincangkan hal-hal agama islam. Masalahnya, penggunaan perkataan-perkataan di atas nie telah membuat "pencemaran" dalam group tue... 
"Pencemaran" apa?? 
Nak Tau??
Cuba baca sekali lagi ayat di print screen kat atas tue.
...
...
...
Dah baca? Tak faham juga apa yang dimaksudkan dengan "pencemaran"???
Okay,cuba tengok print screen kat bawah nie...
Perkataan yang aku bulatkan itulah yang aku maksudkan sebagai "pencemaran" kepada group yang membincangkan hal-hal agama itu...
Penggunaan perkataan Assalamualaikum diringkaskan menjadi Ass
TERUK BETUL!!!
tau tak apa maksud Ass tue???
Ass, kalau diambil dari bahasa inggeris yang membawa maksud Punggung

Sedangkan Assalamualaikum itu membawa maksud yang sangat cantik,
Assalamualaikum = Selamat Sejahtera ke atas kamu

Jadi, kenapa perlu gunakan perkataan yang ringkas kalau sampai menjadikan perkataan yang begitu indah menjadi maksud yang teruk???

Tidak salah menggunakan perkataan ringkas-ringkas nie. Contohnya kalau Assalamualaikum, kita boleh gunakan singkatan seperti "salam" ...mudah kan?? heheh

Kesimpulannya, penggunaan perkataan/ayat yang ringkas nie sebenarnya tak salah. Yang penting :
1. Orang lain boleh faham apa yang anda tulis
2. Menggunakan singkatan yang orang biasa gunakan.
3. Menggunakan perkataan-perkataan ringkas yang tidak membuatkan orang lain mengalami kekejangan lidah

16 comments:

Almade_Nespesor said...

hahah.. dah kejang da lidah sy.. ;P

KUREKURE COMEL said...

perhhh..pelik2 betul ayatnya...mina pun xpham...
hehehe...

psl as salam tu mmg betul..merosakkan maksud as salam tu...huhuhu

AbbasyCollections said...

Almade Nespesor : Kalau lidah dah kejang,terpaksa pergi hospital la macam ni.minta ubat ngan doktor.hahaaha

Kurekure comel : hahahah...itulah pasal.kalau perkataan lain takpe juga,tapi ini perkataan assalamualaikum...merosakkan maksud betul

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

aiyaaaaak. huhuhu.

AbbasyCollections said...

Tim Cik Kupukupu ungu : nape cik tim? biasa guna ayat-ayat macam kat atas ke?wkakaakakaa

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

eee. mane adeee. geli la nak bace..hehehe

AbbasyCollections said...

wakakaaa...tak tergeliat ka lidah baca tu?wakakka

Mumun Amir said...

saya sedang ber Istighfar -.-

AbbasyCollections said...

saya pun....Beristighfarlah kamu apabila melihat,atau mendengar sesuatu perkara yang boleh merosakkan ahlak,akidah dan iman.hehe

echaRierie said...

mmg xphm langsung..terlebih sgt bhs 2..hahaha

Hayati Hamzah said...

sakit hati baca pkataan2 mcm ni :((

. said...

mengalami kekejangan otak dan otot. haha

Naz said...

aku pun x faham apa yg dia tulis... teruk sangat dah smpai ucapan salam pun guna ringkasan mcm tu...

Unknown said...

0hoho..
saye p0n main sh0rt f0rm jugak kengkadang..
tapi xde laa sampai cenggitu skali..huhu
ase2 lagi jadik panjang ade ar..ehhehe

Unknown said...

shortfom salam pun tak bagus jugak..bagi salam cara penuh tak pun a'alaikum jelas sebutannya. DBP skrg pun da tak brape tegas macam dulu..ni la jadinya ;(

sekadar satu coretan said...

tak paham ape bendanye tu...mcm2...mmg terbelit lidah nak bacenye...mate pun bertambah kecik jer bile nk bace tu...

salam ziarah & slmt malam....

Post a Comment