Assalamualaikum...

Hari nie hari ahad. Seperti biasa, aku akan ke supermarket yang berhampiran untuk membeli barang-barang dapur bersama rakan serumah.
Senarai barang untuk dibeli sudah disediakan. Senarai barang itu penting tau, supaya kalau dah sampai kat kedai nanti, taklah terkial-kial nak fikir balik barang keperluan yang nak dibeli kan?

Antara barang-barang dapur yang masuk dalam list encik kamen hari ini ialah :
1. Gula 1kg
2. Minyak masak 1 plastik
3. Beras 1 kampit
4. Bawang putih 1 kg
5. Susu pekat manis 1 tin besar

Jadi, tepat jam 12.00 tengahari tadi, kami pun bertolak menuju ke kedai.
Setelah sampai,apa lagi... carilah barang-barang yang telah tersenarai dengan pantas.
Aku nie bukannya suka sangat nak beli barang lama-lama kat kedai. Nampak je barang yang nak dibeli, terus ambil.wakakakaka....

Tapi entah kenapa hari ini, kedai tue tukar posisi meletak barang-barang mereka. Kalau dah tukar posisi, nie yang aku leceh. Posisi sebelum ni aku memang dah hafal tempat-tempat barang tu.Tapi hari ini tukar,susahnya nak cari.huhu...
Aku tanya tokey kedai. 
"Apasal lu suka tukar-tukar tempat lu letak barang?"
Tokey tu jawab
"Feng Shui maa"

Tak boleh nak cakap apa dah. Tokey tu orang cina.Percaya dengan Feng Shui, jadi aku diam je la sambil meneruskan pencarian barang-barang keperluan.

Setelah hampir 10 minit berada di dalam kedai, hampir semua barang telah kami dapat. Hanya tinggal satu belum ditemui.
5. Susu pekat manis 1 tin besar

Maka dengan itu,aku bersama 2 orang housemate aku meneruskan pencarian. 
Tidak lama kemudian, kawan aku bersuara "Nah, nie nah susu"
aku dengan selamba menjawab " Itu susu kecil, aku nak yang besar"
Ye lah,nak cari susu pekat dalam Tin Besar, bukan Tin Kecil...

Setelah maju ke hadapan untuk mencari lagi, mata aku ternampak susu pekat dalam tin besar berada 2 meter sahaja dari kami, lalu aku bersuara " Nah,tueee nah susu besar" sambil tangan menunjuk ke arah susu tin tersebut.

2 orang perempuan penjaga kedai  tersebut yang berdiri tepat dengan kawasan susu pekat tersebut terus memerhatikan aku setelah mendengar suara aku yang agak kuat dan beralunkan kegembiraan. Mestilah gembira,dah jumpa barang terakhir.hohoho... Penjaga kedai nie pun satu, dah aku menuju nak ambil susu pekat tue, bukan nak senyum ka,apa kah, menjeling plak kat aku dan terus blahhh pergi jaga kawasan lain plak.. tak mesra pelanggan langsung.huh!!!

Setelah itu,aku apa lagi,tanpa tunggu lama teruslah ambil susu pekat tue dan terus menuju ke kaunter untuk bayar. Dah malas stay lama-lama kat kedai nie.Nak balik rumah.hehe

Kawan-kawan aku mana? Diorang dah keluar awal menunggu aku kat depan pintu kedai tue. Sambil ketawa terbahak-bahak.
Aku pelik,apasal diorang ni ketawa? kena sampuk hantu ketawa ka?wakkakaa

Setelah selesai pembayaran , aku terus blah...
Kawan-kawan aku masih lagi ketawa.

"Oi..apasal korang ni? takde lawak,ketawa...?"

Kawan 1: Masa ko cakap pasal ko nampak susu tadi, ko tak perasan ka ada perempuan kat depan tue? (sambil ketawa,aku masih tak paham)
Kawan 2 : Ko cakap "Tuee na susu besar" sambil tunjuk kat perempuan tue la...(ketawa lagi,kali nie aku dah paham)

Aissseeyyymeeennn...patutlah 2 orang perempuan tue menjeling kat aku. Rupanya dah salah sangka kat aku..diorang sangka aku tunjuk $#$%#@%#@... minta maaf ye.aku tunjuk kat susu pekat dalam tin besar.
hokeeeyyyyy.....
Mesti ada yang kata, 
"Komfom encik kamen tak nak datang kat kedai tu lagi sebab dah malu"

Minta maaf,encik kamen tak malu,sebab encik kamen pakai topeng...lalalalaaaa~~~ :P

19 comments:

KUREKURE COMEL said...

hahaha...sengal...sakit perut gelak...
relaks je g tunjuk...kalo mina dh lme kena sekeh laju2....hahahaha

Encik Kamen said...

hahhahaaa..... tak sengaja.tue la pasal... kalau encik kamen perasan ,komfom x tunjuk.wkakakka

leyzajamil said...

xpe x dsengajakan..maybe kebetulan $#@%$%^@ diorg tu bsr kan?

Encik Kamen said...

leyzajamil : entahlah...mana encik kamen tau... encik kamen tengok susu pekat tue je.wakakkaka

Keisya Hisya said...

hahaha..agak2 la jo..
lau ckp tgk org dulu..hahaha

AmYcOzZo said...

Ish3x.. nasib ko x kena penampor ngn pmpuan tue..haha

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

ish ish encik kamen..teruk betul..hahaha

..arcmabaharin.. said...

en.kamen anda memang tak patut.
hahaha!
singgah cni,anda di tagged oleh org jhOr..

http://akudanchenta.blogspot.com/2011/02/senyum-tanpa-gigi.html

Cartonez said...

Haha... Kan dah terkena..

cikribena said...

hahahaha ok sangat kelakar giler.. :) sengal aje.. :P

Encik Kamen said...

Keisya Hisya : encik kamen kelam kabut beli barang,tu la pasal tak sedar tgk penjaga tu.wkakakaka

AmYcOzZo : kalau dia bagi penampar, kompom aku tak jadi beli susu pekat.wkakakak


Tim Cik KupuKupu Ungu : encik kamen seorang yang teruk,tapi bukan gila seks tau ??sampai berani nak cakap camtu..wkakakakaka

..arcmabaharin.. :tak dapat pun nak masuk link yang awak bagi tu..huhu

Cartonez : apa bleh buat,lepas ni nak control suara kalau bercakap..wkakakaa

Encik Kamen said...

cikribena : hahahhaaa....ucapan yang tak disengajakan oleh encik kamen.

TeAqArH said...

mmg sengal la pulak...
sakit perut gelak..
nk cari tin susu yg BESAR punye...
^_______^

TiKa LEh said...

hahaha..agk blur disitu en kamen nya..sgt kesian..hahah..

khairul hisyam said...

hahaha , nasib lu tak kene blasah. haha

Azuan said...

serius malu...pkai topeng pun malu jugak..hahaa

shereena said...

hak3..nasib pmpuan2 2 x pi kerjakn ko..hahaha

NICK IRFAN said...

mmh x boleh blah? klu aku dok sebelah ko mmg ketawa terbahak-bahak jgk? hahahha


p/s=eh! owner blog ni laki ke pmpuan???? maaf tanya

iklanku said...

owner nie lelaki..hehe....dah pakai Encik,mestilah lelaki..huahuahua

Post a Comment