Assalamualaikum...

Tepat jam 7.30 malam tadi,aku dapat SMS dari adik aku...Sms nya berbunyi bertulis begini :
"Along, Along tau tak hari ni hari jadi siapa? Kalau tau,ada hadiah?"

Pergghhh....Adik aku sms aku la pulak. Ini tak lain dan tak bukan, nak claim hadiah dari aku la ni.hahaha

Hari ini hari jadi adik aku yang ke 12 tahun. Dah besar plak dia ni.UPSR plak tahun nie.

Tapi SMS itu tidak tergantung di situ.Aku jawab
"Ntah,hari jadi siapa ek? Hari jadi Along lama lagi.Hari jadi Angah plak dah berlalu..Sapa yang hari jadi:?Jiran rumah Along ka?"
wakakakaka....Hampeh punya jawapan dari insan bergelar Abang.

Tak tahan dengan jawapan SMS loyar busukburuk dari aku,akhirnya adik aku bagi tau kat aku juga yang dia harijadi hari nie dan nak hadiah.
aku jawab lagi, "bagi duit dulu,baru Along belikan hadiah" 
wakakakaka....
adik aku jawab
"Okay"
fuh......ringkasnya jawapan. mesti kecewa sebab abang dia taknak bagi hadiah.wakakakakak

Bukan taknak bagi,tapi aku tinggal kat bandar lain,adik aku plak kat kampung.Maklumlah,kerja..terpaksa tinggal jauh dari keluarga.huhu..sedey.. Tunggu aku balik kampung nanti baru aku belikan hadiah untuk adik aku tue.haha

Cakap pasal hari jadi ni, terkenang plak umur aku sendiri..

aku dah nak masuk 24 tahun

Fuh......dah tua plak aku ni. Rasa macam baru je abis sekolah tahun lepas.Rasa macam jer..rupa-rupanya dah 4 tahun berlalu selepas aku habis menamatkan zaman persekolahan.Tak sedar,masa berlalu begitu pantas...

Kalau difikir-fikir,selama aku hidup dalam 24 tahun ni,apa yang telah aku capai ek??? hmmm....
Rasanya pencapaian kurang menarik banyak.. Pencapaian yang menarik dan boleh dikenang nie yang kurang sangat.haha

Tapi takpelah,yang berlalu biarlah berlalu...Masa hadapan nie yang kita perlu tempuhi...
Dalam umur aku yang hampir mencecah 24 tahun ini, aku mula berfikir....

Umur makin meningkat, cukupkah iman didada aku ini untuk di bawa ke alam akhirat???
Harta tak pandai bertambah,asyik berkurang je...bilalah aku nak kaya macam DR Rozmey???
Bilalah aku nak kahwin,bilalah aku nak ada anak....~~~~kawan-kawan ramai dah kahwin...Aku???

Argghh!!! boleh tekanan juga kalau aku asyik fikir 3 perkara nie...

Tapi yang terakhir tue yang aku pelik.Balik-balik aku  pikir pasal kahwin...hampeh!!! 
Mungkin pasal aku tengok kawan-kawan aku dah ramai yang kahwin,tu yang menyebabkan aku jadi jeles dan menggatal nak kahwin(calon belum ada,ada hati nak kahwin)..wkakakakkakaka

Ada satu hari tue aku try nak menyakat mak aku.Saja nak tanya soalan PANAS ni...
"Mak,kalau saya nak kahwin, apa pendapat mak?"

Setelah aku soal macam tue,maka bermulalah sesi ceramah 50 minit 30 saat dari mak aku...
"Ko nie, Dah cukup kah duit kat ASB untuk masuk meminang anak orang? Dah mampukah ko untuk menanggung makan minum anak dan bini ko nanti?..........blaaa blaaa blaaaa...(kata-kata mak aku terpaksa diringkaskan sebab terlalu panjang.wkakakaka)"

Fuh....dasyat mak aku ni...Ceramah mengalahkan ahli politik.wkakakaka... Tapi betullah juga apa yang mak aku cakap tue.Sebab masa aku soal macam tu, masa tu aku baru je dapat kerja gomen dalam 1 bulan.Tetiba je tanya pasal nak kahwin,nak mampus?!!wkakakakakaka

Tapi sekarang dah lain,mak aku dah bersifat terbuka. Siap tanya aku lagi bila nak kahwin.hahahaha..
Tapi minta maaf mak,anakmu ini belum bersedia nak kahwin.Nak cari harta dulu...Nak cukupkan iman dulu supaya dapat bimbing bakal isteri nanti...hohoho
Dan tidak lupa juga,nak cari calon..wkakakakakaka






4 comments:

KUREKURE COMEL said...

ehhh...ehhh...ni kire lg tue dari mina la...hukhukhuk....

cepat2 la kawen...sonang ade org jage....
rezeki lepas kawen byk...hehehe

Encik Kamen said...

tua bukan sebarang tua...ini orang tua bertopeng tau.wkakaakakaak

TheChekJah said...

sem0ga bertemu jodoh yer chek kamen... gaga,.. kalau dah sampai seru nanti pasti menikah jugak.. tapi kene kumpul duit dulu....

Encik Kamen said...

hahah...tengkiu2 chek Jah

Post a Comment