Assalamualaikum w.b.t .........

Setelah sekian lama menulis diari "dalam hati", akhirnya aku telah berpindah arah untuk menulis cerita tentang apa-apa je lah di dalam sebuah blog...hehe...Maklumlah,memory ram hati aku dah tak mampu untuk menanggung isi hati yang banyak dipendam di dalam.."Hardisk otak" pun dah penuh... takut kalau banyak sangat disimpan, nanti boleh jadi jammed...hahah..

Okaylah,untuk permulaan cerita, saya perkenalkan diri dahulu ye..
Nama ku ialah Encik Kamen....itu saja... :D

Apa itu KAMEN??? Mesti tiada siapa yang tahu kan? (kalau dah tau pun,buat2 tak tau je XD)

Kamen diambil dari perkataan bahasa jepun yang membawa maksud TOPENG...
Aku guna nama KAMEN ni sebab.....dah memang aku digelar begitu,nak buat camana.. mungkin disebabkan aku ni peminat gila (FANATIK YANG TERAMAT SANGAT) dengan filem hero jepun iaitu Kamen Rider...hehe.
Tapi takpe,yang penting...Aku ialah Encik Kamen, Lelaki yang menyembunyikan wajah disebalik topeng...wahahah(boleh tahan juga nama aku ni.macam misteri la pulak)

Jadi tak nak tulis panjang-panjang lagi, kehidupan ku sebagai Amatur Blogger bermula sekarang..






2 comments:

KUREKURE COMEL said...

welcome....hehehe...rajin2 update...insyaallah...kurekure dtg lg...

AbbasyCollections said...

hahaaaha....thanks Kurekure... saya akan usahakan untuk menjadi blogger yang rajin mengupdate..haahaha

Post a Comment