Topik untuk hari ini,aku nak cerita pasal memasak...
Orang-orang tua kata, bab masak-memasak ni kerja orang perempuan je...Lelaki kerja dia bab-bab potong kayu,toreh getah...Itu orang zaman dulu la,zaman sekarang???....

Sekarang nie??? Patutkah insan yang bergelar seorang lelaki tidak tahu memasak???

Sebenarnya bab masak-memasak ni bukanlah tugas insan bergelar wanita semata-mata.Lelaki pun sepatutnya kena belajar memasak. Komfom ada orang kata Encik Kamen ni kategori lelaki lembut sebab nak cerita pasal memasak..walaupun sekadar tahu masak nasi.hehe

Kalau lelaki bujang lagi,hmmmm... nak suruh isteri masak,belum kahwin la pulak.Takkan nak suruh anak dara jiran yang masak untuk kita. Dan takkan lah hari-hari nak singgah kat warung atau restoran mamak je... Untuk berjimat,kenalah pandai masak juga.hehehe

Housemate aku pernah cakap kat aku
"Memasak ni kerja orang perempuan la.Bukan lelaki... Kalau lelaki tue memasak,komfom lelaki tu '2 alam' (bukan filem 2 Alam DR Rozmey tau)"

Ayat dia ni membuatkan hati aku sedikit panas.Yelah,dah hari-hari kat rumah aku yang masak.Dia masak juga(masak nasi jerr dia tau).... Tapi takpalah,aku nak marah pun takde guna.Dia bergurau je pun.

Tapi,selang 20 minit kemudian, tiba-tiba je housemate aku tu tanya aku ,
"Kau masakkah malam ni?"

Soalan dia ni adalah 'point' untuk aku balas dendam..wakakaakka....jadi,aku jawablah
"Eh,aku kan lelaki.Aku tak masak sebab aku lelaki sejati, bukan '2 alam' . "

wakakakakaaaa...Rasakan jawapan dari aku...Dan housemate aku pun ketawa menyesal je(camana tu ketawa menyesal?).Yelah,terkena balik dengan kata-kata sendiri.wkakakakka...Tapi,walaupun aku cakap tak masak malam tu,aku masak juga. Yelah,kalau tak masak,komfom aku lapar.wkakakkaka

Jadi,kepada lelaki bujang di luar sana.Janganlah jadikan faktor "lelaki" dijadikan alasan untuk tidak pandai atau tidak mahu belajar memasak.

Tak tau nak masak??? Takpe, Aku bagi contoh salah satu masakan orang bujang yang simple.Baru tadi pagi aku masak .Iaitu, Mee Goreng Udang Bersama Telur Goreng... Perrgghh...nama punya panjang.wkakakaka

Okay,terus kepada bahan-bahan ye...(wahh,dah macam chef la pulak.)

 1. Telur Goreng (Adik aku yang masih sekolah tadika pun tahu masak ni.Jadi,tak perlulah nak ajar ye.)
 2. Udang yang dipotong-potong kecil
3. Bawang merah (dihiris)

 4. Mee yang direbus
5. Bahan perisa iaitu kicap masin, sos cili, sos tiram ,garam dan serbuk lada putih

Okay,cara nak masak camana???

1. Panaskan minyak,Selepas itu masukkan hirisan bawang merah tadi dan tumis sehingga naik bau. Naik bau apa? Bau bawanglah.Takkanlah bau perfume...wakakakak...

2. Selepas itu masukkan sos cili, sos tiram dan kicap masin ke dalam tumisan bawang itu. Berapa banyak nak masukkan?? Masukkan secukup rasa. Kacau tumisan sehingga sebati. 

3.Selepas itu masukkan setengah gelas air ke dalam tumisan tersebut.Jangan banyak sangat ya.Nanti Mee goreng jadi mee basah la pulak.wkakakaa
4.Setelah itu, masukkan mee yang telah direbus tadi ke dalam tumisan dan kacau hingga kering. Jangan sampai kering sangat,nanti tak pasal-pasal bukan kering,jadi hangus plak.wakakaaka

5. Taburkan serbuk lada putih.Ini untuk menambahkan rasa pedas je.Kalau taknak pun takpe. Dan akhir sekali sedikit garam.Kalau korang rasa taknak masukkan garam pun takpe.

6. Mee Goreng Udang Bersama Telur Goreng siap untuk di makan.



Mudahkan???
Jadi, apalagi? Cubalah resepi Encik Kamen ni.hahahaha


So,kepada lelaki...Ingat satu benda lagi,
"ANDA BUKAN 2 ALAM KALAU ANDA PANDAI MEMASAK"


3 comments:

KUREKURE COMEL said...

perhhhh...gile la..terer masak...hehehe...sodap tu..

AbbasyCollections said...

waakakaka.....masakan simple je ni...masakan orang bujang

FadhDeela said...

laki pun kena pandai masak jugakkk!! hihi nnt bini dlm pantang siapa nak masak :P

Meh singgah: Gambar Pertunangan Ally Iskandar!!

Post a Comment