Assalamualaikum...

Tepat jam 7.30 malam tadi,aku dapat SMS dari adik aku...Sms nya berbunyi bertulis begini :
"Along, Along tau tak hari ni hari jadi siapa? Kalau tau,ada hadiah?"

Pergghhh....Adik aku sms aku la pulak. Ini tak lain dan tak bukan, nak claim hadiah dari aku la ni.hahaha

Hari ini hari jadi adik aku yang ke 12 tahun. Dah besar plak dia ni.UPSR plak tahun nie.

Tapi SMS itu tidak tergantung di situ.Aku jawab
"Ntah,hari jadi siapa ek? Hari jadi Along lama lagi.Hari jadi Angah plak dah berlalu..Sapa yang hari jadi:?Jiran rumah Along ka?"
wakakakaka....Hampeh punya jawapan dari insan bergelar Abang.

Tak tahan dengan jawapan SMS loyar busukburuk dari aku,akhirnya adik aku bagi tau kat aku juga yang dia harijadi hari nie dan nak hadiah.
aku jawab lagi, "bagi duit dulu,baru Along belikan hadiah" 
wakakakaka....
adik aku jawab
"Okay"
fuh......ringkasnya jawapan. mesti kecewa sebab abang dia taknak bagi hadiah.wakakakakak

Bukan taknak bagi,tapi aku tinggal kat bandar lain,adik aku plak kat kampung.Maklumlah,kerja..terpaksa tinggal jauh dari keluarga.huhu..sedey.. Tunggu aku balik kampung nanti baru aku belikan hadiah untuk adik aku tue.haha

Cakap pasal hari jadi ni, terkenang plak umur aku sendiri..

aku dah nak masuk 24 tahun

Fuh......dah tua plak aku ni. Rasa macam baru je abis sekolah tahun lepas.Rasa macam jer..rupa-rupanya dah 4 tahun berlalu selepas aku habis menamatkan zaman persekolahan.Tak sedar,masa berlalu begitu pantas...

Kalau difikir-fikir,selama aku hidup dalam 24 tahun ni,apa yang telah aku capai ek??? hmmm....
Rasanya pencapaian kurang menarik banyak.. Pencapaian yang menarik dan boleh dikenang nie yang kurang sangat.haha

Tapi takpelah,yang berlalu biarlah berlalu...Masa hadapan nie yang kita perlu tempuhi...
Dalam umur aku yang hampir mencecah 24 tahun ini, aku mula berfikir....

Umur makin meningkat, cukupkah iman didada aku ini untuk di bawa ke alam akhirat???
Harta tak pandai bertambah,asyik berkurang je...bilalah aku nak kaya macam DR Rozmey???
Bilalah aku nak kahwin,bilalah aku nak ada anak....~~~~kawan-kawan ramai dah kahwin...Aku???

Argghh!!! boleh tekanan juga kalau aku asyik fikir 3 perkara nie...

Tapi yang terakhir tue yang aku pelik.Balik-balik aku  pikir pasal kahwin...hampeh!!! 
Mungkin pasal aku tengok kawan-kawan aku dah ramai yang kahwin,tu yang menyebabkan aku jadi jeles dan menggatal nak kahwin(calon belum ada,ada hati nak kahwin)..wkakakakkakaka

Ada satu hari tue aku try nak menyakat mak aku.Saja nak tanya soalan PANAS ni...
"Mak,kalau saya nak kahwin, apa pendapat mak?"

Setelah aku soal macam tue,maka bermulalah sesi ceramah 50 minit 30 saat dari mak aku...
"Ko nie, Dah cukup kah duit kat ASB untuk masuk meminang anak orang? Dah mampukah ko untuk menanggung makan minum anak dan bini ko nanti?..........blaaa blaaa blaaaa...(kata-kata mak aku terpaksa diringkaskan sebab terlalu panjang.wkakakaka)"

Fuh....dasyat mak aku ni...Ceramah mengalahkan ahli politik.wkakakaka... Tapi betullah juga apa yang mak aku cakap tue.Sebab masa aku soal macam tu, masa tu aku baru je dapat kerja gomen dalam 1 bulan.Tetiba je tanya pasal nak kahwin,nak mampus?!!wkakakakakaka

Tapi sekarang dah lain,mak aku dah bersifat terbuka. Siap tanya aku lagi bila nak kahwin.hahahaha..
Tapi minta maaf mak,anakmu ini belum bersedia nak kahwin.Nak cari harta dulu...Nak cukupkan iman dulu supaya dapat bimbing bakal isteri nanti...hohoho
Dan tidak lupa juga,nak cari calon..wkakakakakaka






ANDA TAK HANDSOME?
ANDA TAK TAU CARA NAK MENGURAT?
JANGAN RISAU,SILA LIHAT GAMBAR DI BAWAH. 
CARA UNTUK MEMBUAT HATI GADIS IDAMAN ANDA JATUH HATI
WAKAKAKAA....KALAU BERANI,IKUTLAH CARA INI.
LEPAS TU,PIKIRLAH CAMANA NAK CARI DUIT 10 MILLION DOLLAR TU... HAHA
Topik untuk hari ini,aku nak cerita pasal memasak...
Orang-orang tua kata, bab masak-memasak ni kerja orang perempuan je...Lelaki kerja dia bab-bab potong kayu,toreh getah...Itu orang zaman dulu la,zaman sekarang???....

Sekarang nie??? Patutkah insan yang bergelar seorang lelaki tidak tahu memasak???

Sebenarnya bab masak-memasak ni bukanlah tugas insan bergelar wanita semata-mata.Lelaki pun sepatutnya kena belajar memasak. Komfom ada orang kata Encik Kamen ni kategori lelaki lembut sebab nak cerita pasal memasak..walaupun sekadar tahu masak nasi.hehe

Kalau lelaki bujang lagi,hmmmm... nak suruh isteri masak,belum kahwin la pulak.Takkan nak suruh anak dara jiran yang masak untuk kita. Dan takkan lah hari-hari nak singgah kat warung atau restoran mamak je... Untuk berjimat,kenalah pandai masak juga.hehehe

Housemate aku pernah cakap kat aku
"Memasak ni kerja orang perempuan la.Bukan lelaki... Kalau lelaki tue memasak,komfom lelaki tu '2 alam' (bukan filem 2 Alam DR Rozmey tau)"

Ayat dia ni membuatkan hati aku sedikit panas.Yelah,dah hari-hari kat rumah aku yang masak.Dia masak juga(masak nasi jerr dia tau).... Tapi takpalah,aku nak marah pun takde guna.Dia bergurau je pun.

Tapi,selang 20 minit kemudian, tiba-tiba je housemate aku tu tanya aku ,
"Kau masakkah malam ni?"

Soalan dia ni adalah 'point' untuk aku balas dendam..wakakaakka....jadi,aku jawablah
"Eh,aku kan lelaki.Aku tak masak sebab aku lelaki sejati, bukan '2 alam' . "

wakakakakaaaa...Rasakan jawapan dari aku...Dan housemate aku pun ketawa menyesal je(camana tu ketawa menyesal?).Yelah,terkena balik dengan kata-kata sendiri.wkakakakka...Tapi,walaupun aku cakap tak masak malam tu,aku masak juga. Yelah,kalau tak masak,komfom aku lapar.wkakakkaka

Jadi,kepada lelaki bujang di luar sana.Janganlah jadikan faktor "lelaki" dijadikan alasan untuk tidak pandai atau tidak mahu belajar memasak.

Tak tau nak masak??? Takpe, Aku bagi contoh salah satu masakan orang bujang yang simple.Baru tadi pagi aku masak .Iaitu, Mee Goreng Udang Bersama Telur Goreng... Perrgghh...nama punya panjang.wkakakaka

Okay,terus kepada bahan-bahan ye...(wahh,dah macam chef la pulak.)

 1. Telur Goreng (Adik aku yang masih sekolah tadika pun tahu masak ni.Jadi,tak perlulah nak ajar ye.)
 2. Udang yang dipotong-potong kecil
3. Bawang merah (dihiris)

 4. Mee yang direbus
5. Bahan perisa iaitu kicap masin, sos cili, sos tiram ,garam dan serbuk lada putih

Okay,cara nak masak camana???

1. Panaskan minyak,Selepas itu masukkan hirisan bawang merah tadi dan tumis sehingga naik bau. Naik bau apa? Bau bawanglah.Takkanlah bau perfume...wakakakak...

2. Selepas itu masukkan sos cili, sos tiram dan kicap masin ke dalam tumisan bawang itu. Berapa banyak nak masukkan?? Masukkan secukup rasa. Kacau tumisan sehingga sebati. 

3.Selepas itu masukkan setengah gelas air ke dalam tumisan tersebut.Jangan banyak sangat ya.Nanti Mee goreng jadi mee basah la pulak.wkakakaa
4.Setelah itu, masukkan mee yang telah direbus tadi ke dalam tumisan dan kacau hingga kering. Jangan sampai kering sangat,nanti tak pasal-pasal bukan kering,jadi hangus plak.wakakaaka

5. Taburkan serbuk lada putih.Ini untuk menambahkan rasa pedas je.Kalau taknak pun takpe. Dan akhir sekali sedikit garam.Kalau korang rasa taknak masukkan garam pun takpe.

6. Mee Goreng Udang Bersama Telur Goreng siap untuk di makan.



Mudahkan???
Jadi, apalagi? Cubalah resepi Encik Kamen ni.hahahaha


So,kepada lelaki...Ingat satu benda lagi,
"ANDA BUKAN 2 ALAM KALAU ANDA PANDAI MEMASAK"


Setelah menghabiskan masa berdepan dengan laptop selama 2 jam,akhirnya selesai juga aku mengemaskini gadget/widget kat dalam blog aku ni....daftar nuffnang pun sudah(walaupun aku tak tau fungsi nuffnang XD) ...


Tapi,apasal simple sangat aku punya blog ni? pelik....2 jam berdepan dengan blog pun,begini je ke hasilnya??? hahaaha....

Takpelah.janji ada...cantik-cantik aku adjust pun,adakah orang yang nak tengok? aku sorang-sorang je yang tengok rasanya.hahaahahaa... Kecantikan luaran tak penting,yang penting isi kandungannya.Betul tak?hehe

Terima kasih juga yang tak terhingga diucapkan kepada follower yang sudi sign up nama anda kat blog saya yang takde apa-apa ni...Ibarat "anda datang ke rumah saya,dan hanya dihidangkan secawan teh O dan biskut marie je"....huhu...

So,kepada rakan-rakan yang sudi jenguk blog Encik Kamen ni, silalah tinggalkan jejak anda ya...insyaallah,kalau ada masa, saya akan jenguk blog anda...hehe

So,mata pun dah mengantuk.Esok nak kerja lagi,jadi Encik Kamen nak tidur dulu lah...

selamat tido rakan-rakan.haha


   





Assalamualaikum w.b.t .........

Setelah sekian lama menulis diari "dalam hati", akhirnya aku telah berpindah arah untuk menulis cerita tentang apa-apa je lah di dalam sebuah blog...hehe...Maklumlah,memory ram hati aku dah tak mampu untuk menanggung isi hati yang banyak dipendam di dalam.."Hardisk otak" pun dah penuh... takut kalau banyak sangat disimpan, nanti boleh jadi jammed...hahah..

Okaylah,untuk permulaan cerita, saya perkenalkan diri dahulu ye..
Nama ku ialah Encik Kamen....itu saja... :D

Apa itu KAMEN??? Mesti tiada siapa yang tahu kan? (kalau dah tau pun,buat2 tak tau je XD)

Kamen diambil dari perkataan bahasa jepun yang membawa maksud TOPENG...
Aku guna nama KAMEN ni sebab.....dah memang aku digelar begitu,nak buat camana.. mungkin disebabkan aku ni peminat gila (FANATIK YANG TERAMAT SANGAT) dengan filem hero jepun iaitu Kamen Rider...hehe.
Tapi takpe,yang penting...Aku ialah Encik Kamen, Lelaki yang menyembunyikan wajah disebalik topeng...wahahah(boleh tahan juga nama aku ni.macam misteri la pulak)

Jadi tak nak tulis panjang-panjang lagi, kehidupan ku sebagai Amatur Blogger bermula sekarang..